Bryan Cranston

Bryan Cranston
Cranston pada tahun 2014
Kelahiran (1956-03-07) 7 Mac 1956
Canoga Park, Los Angeles, Amerika Syarikat
Nama lainLee Stone
PekerjaanPelakon, pelakon suara, pengarah, penulis skrip, penerbit
Tahun aktif1980–sekarang
PasanganMickey Middleton (k. 1977–1982)
Robin Dearden (k. 1989)
Anak-anak1

Bryan Lee Cranston (lahir Mac 7, 1956) ialah seorang pelakon, pelakon suara, pengarah, penulis skrip dan penerbit Amerika Syarikat. Cranston dikenali dengan peranannya sebagai Walter White dalam drama bersiri AMC, Breaking Bad, Hal dalam siri komedi Fox, Malcolm in the Middle dan Dr. Tim Whatley dalam siri komedi NBC, Seinfeld. Cranston juga muncul dalam filem-filem yang menerima pujian seperti Saving Private Ryan (1998), Little Miss Sunshine (2006), Drive (2011), Argo (2012) dan Godzilla (2014).