Vishnu

Bisnu
Wisnu
Dewa Perlindungan / Tertinggi
Devanagari:विष्णु
Penggabungan:Trimurti
Kediaman:Vaikuntha
Senjata:Sudarshana Chakra dan Kaumodaki
Pasangan:Lakshmi
Wahana/Gunung:Garuda atau Sesha
Planet:Vaikuntha

Bisnu (Jawi: بيسنو ejaan lama بسنو‎), Wisnu (Sanskrit: विष्णु, rumi: Viṣṇu, Jawi: ويسنو‎; bahasa Inggeris: Vishnu) atau juga dikenali sebagai Narayana, merupakan Tuhan Tertinggi bagi Vaishnava dan satu manifestasi bagi Brahman dalam tradisi Advaita Vedanta atau Smarta dalam agama Hindu. Dalam bahasa Tamil, Vishnu disebut sebagai Perumal, Thirumal dan banyak lagi.

Dalam Trimurti, Vishnu bersifat Sattva dan bertanggung jawab dalam pemeliharaan Alam semesta, dengan peranan lain penciptaan dan pemusnahan masing-masing di bawah Brahma dan Shiva.

Rupa Vishnu adalah bersifat Yoga. Rupa Vishnu berasaskan kepada prinsip Vedanta. Konsep Ananta atau Sesha-sayana yang menunjukkan Vishnu berbaring di atas ular besar adalah menakjubkan. Banyak kuil-kuil mempunyai rupa ini, contohnya kuil di Srirangam dan Trivandrum. Vishnu tidur di lautan susu yang mewakili tahap Turiya yang tenang, manis dan tanpa gangguan. Adisesha, ular besar yang menjadi katilnya, bermaksud kesedaran manusia. Dalam tradisi Yoga, ular ialah simbol Kundalini, Lingkaran Kuasa.