Wahana
Wahana atau vahana (Sanskrit: वाहन vāhanam "menarik, menarik, mendukung", dari akar वाह vah- "menunggang") adalah makhluk sama ada yang benar wujud atau ajaib ditunggang dewa-dewi Hindu sebagai kenderaan sama ada berengga, berpelana atau tanpa lapik langsung. Sifat haiwan yang ditunggang merupakan perlambangan utama mengenalkan sesuatu dewa atau dewi penunggang yang dipercayai perlu didalami tahap pemikiran (atau budhi) seseorang.
Pemahaman ini masih berkekalan tetapi beralih makna kepada "alat mencapai suatu tujuan" sampailah kepada "saluran atau perantaraan" menyampaikan sesuatu buah fikiran yang disamakan dengan media.