Macai

Macai
PengarahShanjhey Kumar Perumal
PenulisShanjhey Kumar Perumal
Dihasilkan olehShanjhey Kumar Perumal
Sivanantham Perianan
DibintangiKarnan G. Crack
Kuben Mahadevan
Irfan Zaini
Fabian Loo
Tinesh Sarathi Krishnan
Susan Lankester
SinematografiGwai Lou
Disunting olehAkashdeep Singh
Muzik olehNeroshen Thanaseharan
Syarikat
penerbitan
Skyzen Studios
Diedarkan olehPocketplay Films
Tarikh tayangan
13 November 2025
Masa tayangan
105 minit
NegaraMalaysia
BahasaTamil
Melayu
Hokkien

Macai ialah sebuah filem drama jenayah Malaysia berbahasa Tamil yang diarahkan oleh Shanjhey Kumar Perumal (juga dikenali sebagai Sun-J Perumal). Filem ini merupakan sebahagian daripada trilogi spiritual yang bermula dengan filem kultus Jagat (2015), dan diteruskan dengan filem satira romantik Blues (2025). Macai dipilih sebagai satu-satunya filem Malaysia yang ditayangkan di International Film Festival Rotterdam (IFFR) 2025 dalam kategori utama Big Screen Competition.

Filem ini mengisahkan seorang pemuda yang terjebak dalam kancah politik jalanan, sindiket jenayah dan manipulasi kuasa dalam masyarakat pasca-Merdeka. Dengan gaya penceritaan yang suram dan penuh realisme, *Macai* menyorot nasib golongan marhaen yang dijadikan alat (macai) oleh sistem yang korup.