Irfan Zaini

Irfan Zaini
Kelahiran
Irfan Zaini

(1995-06-05) 5 Jun 1995
Nama lainIrfan Zaini
PekerjaanPelakon, model , host
Tahun aktif2008; 2014–kini
IbuShafeeka Banu
BapaMohamed Zaini
Paparan amaran: Halaman menggunakan Templat:Infobox person dengan parameter tidak diketahui "notable role"

Muhammad Irfan Bin Mohamed Zaini (lahir 5 Jun 1995; umur 30 tahun), lebih dikenali sebagai Irfan Zaini, ialah seorang pelakon, model dan pengacara terkenal di Malaysia. Beliau merupakan seorang India Muslim yang lahir di Malaysia serta fasih bertutur dalam Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris dan Bahasa Tamil.

Irfan dikenali sebagai pelakon lelaki pertama dan satu-satunya dari Malaysia yang pernah berlakon bersama bintang filem India, Thalapathy Vijay. Penampilan sulungnya di layar perak ialah dalam filem Kuruvi (2008) ketika beliau masih kecil. Beliau sekali lagi berlakon bersama Vijay dalam filem G.O.A.T – Greatest of All Time (2024) ketika sudah dewasa. Pada tahun 2025, Irfan mengumumkan bahawa beliau bakal membintangi filem terakhir Vijay berjudul Jana Nayagan yang dijadualkan ditayangkan pada tahun 2026.

Namanya turut melonjak naik di Malaysia selepas membintangi filem tempatan Blood Brothers : Bara Naga (2025) sebagai Malik, yang mengukuhkan kedudukannya sebagai salah seorang pelakon muda berpengaruh. Beliau juga dikenali dengan sifat rendah hati serta mesra terhadap peminat.

Kehidupan awal

Irfan dilahirkan pada tahun 1996 di Malaysia. Beliau mula bergiat dalam dunia seni seawal usia 12 tahun apabila muncul dalam filem Tamil Kuruvi (2008) arahan Dharani, yang turut dibintangi oleh Vijay dan Trisha Krishnan.

Selain itu, Irfan pernah menjadi pengacara rancangan kuiz Smart Wheel di Astro Vinmeen HD.

Kerjaya

2008–2020: Permulaan kerjaya

Irfan memulakan kerjaya sebagai pelakon kanak-kanak dalam filem Tamil Kuruvi. Penampilannya membuka ruang untuk beliau bergiat dalam dunia perfileman dan televisyen tempatan, termasuk pengacaraan dan peragaan.

2021–2024: Perkembangan kerjaya

Irfan aktif dalam drama tempatan serta projek perfileman berskala sederhana. Pada tahun 2024, beliau terpilih untuk membintangi filem Tamil The Greatest of All Time (GOAT) bersama pelakon terkenal Thalapathy Vijay, menjadikannya antara pelakon Malaysia terawal yang berpeluang beraksi dalam filem Kollywood berskala besar.

2025–kini: Peningkatan populariti

Tahun 2025 menjadi lonjakan besar dalam kerjaya Irfan melalui filem aksi Blood Brothers: Bara Naga, di mana beliau membawa watak Malik. Filem ini mencatat kutipan pecah panggung melebihi RM62 juta dalam masa 20 hari tayangan, menjadikannya antara filem tempatan paling berjaya.

Peranan tersebut mendapat pujian kerana Irfan melakukan banyak aksi lasak tanpa pelakon lagak ngeri, termasuk menjalani latihan intensif selama lima bulan dan beberapa kali mengalami kecederaan ringan di set penggambaran.

Gaya lakonan

Irfan dikenali dengan komitmen tinggi terhadap watak yang dibawa. Beliau sering melakukan sendiri babak aksi dan memberi penekanan pada realisme dalam lakonannya.

Pencapaian dan pengiktirafan

  • Pelakon Harapan Lelaki Terbaik – Festival Filem Malaysia (FFM 2025) melalui Blood Brothers: Bara Naga
  • Pelakon Lelaki Paling Popular – Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH 2025)
  • Ikon Aksi Muda Asia Tenggara – Anugerah Hiburan Asia 2025