Jagat (filem)
| Jagatஜாகட் | |
|---|---|
| Pengarah | Shanjhey Kumar Perumal |
| Penulis | Shanjhey Kumar Perumal |
| Dihasilkan oleh | Datuk Seri A. Anandan (AG Statue & Silverware) Myskills Foundation Skyzen Studios Mageswari Anandan |
| Dibintangi | Jibrail Rajhula Harvind Raj Kuben Mahadevan Tinesh Sarathi Krishnan Senthil Kumaran Muniandy |
| Sinematografi | Senthil Kumaran Muniandy |
| Disunting oleh | Kumarann Arumugam |
| Muzik oleh | Space Gambus Experiment |
Syarikat penerbitan | Skyzen Studios |
| Diedarkan oleh | Skyzen Studios |
Tarikh tayangan |
|
Masa tayangan | 90 minit |
| Negara | Malaysia |
| Bahasa | Tamil |
| Bajet | RM 300,000 |
Jagat (Tamil: ஐகாட், slanga diambil dari perkataan jahat) ialah filem drama jenayah Malaysia yang ditayangkan pada tahun 2015. diarahkan oleh Shanjhey Kumar Perumal. Filem ini mengisahkan kisah masa lalu yang mendalam menggariskan nasib rakyat India Malaysia yang ditinggalkan oleh pemilik tanah dan terpaksa berpindah ke bandar-bandar, yang masih hidup dalam keadaan yang sukar. Filem ini berkisarkan seorang budak berusia 12 tahun yang bernama Appoy dan hubungan dengan bapanya, Maniam, serta kedua-dua bapa saudaranya iaitu bekas penagih dadah Bala dan samseng tempatan Dorai.
Perumal telah menggambarkan filem ini separa autobiografi, setelah tinggal dua tahun di kawasan setinggan dengan keluarganya. Filem ini telah memenangi anugerah Filem Terbaik di Festival Filem Malaysia ke-28 pada 2016, manakala pengarah Shanjhey Kumar memenangi anugerah Pengarah Terbaik. Filem ini juga mewakili Malaysia di Festival Filem Asia 2017
Pada April 2025, sempena ulang tahun ke-10 tayangan asalnya, Jagatditayangkan semula di pawagam seluruh negara. Tayangan semula ini turut disertai dua filem cereka baharu yang berfungsi sebagai sekuel spiritual, iaitu Macai (September 18, 2025) , sebuah drama jenayah berunsur suram, dan Blues (November 6, 2025), sebuah drama romantik berbentuk satira