Fabian Loo

Fabian Loo
Kelahiran (1990-10-09) 9 Oktober 1990
PendidikanIjazah Psikologi
Pusat pendidikanUniversiti HELP
PekerjaanPelakon
Tahun aktif2010–kini
SaudaraCedric Loo (abang)

Fabian Loo (lahir 9 Oktober 1990) ialah seorang pelakon lelaki Malaysia. Memulakan kerjayanya sebagai pelakon teater, seterusnya meneruskan kerjaya lakonan di televisyen dan filem, beliau terkenal dengan peranannya dalam filem Think Big Big dan Fly By Night, tetapi lebih dikenali menerusi watak Ash lakonannya dalam One Cent Thief. Beliau ialah adik kepada penyanyi dan pelakon, Cedric Loo.