Bahasa Hokkien

Bahasa Hokkien
闽南话 / 閩南話 / 福建話
Bân-lâm-ōe / Bân-lâm-uē/ Hok-kiàn-uē
Asli kepadaRepublik Rakyat China, Republik China (Taiwan), Malaysia, Indonesia, Singapura, Filipina, dan tempat lain dari Min Nan dan penempatan Hoklo
KawasanProvinsi Fujian Selatan; tempat Chaozhou-Shantou (Chaoshan) dan Semenanjung Leizhou di provinsi Guangdong; teramat selatan dari provinsi Zhejiang; kebanyakan Taiwan; banyak dari Hainan (jika Hainanese atau Qiong Wen dimasukkan)
Penutur bahasa
50 juta
Sino-Tibet
  • Cina
    • Min
      • Bahasa Hokkien
Status rasmi
Bahasa rasmi di
tiada (Bill Legislatif telah dicadangkan untuk menjadi salah satu dari 'bahasa kebangsaan' di Republik China); satu dari bahasa statutori untuk kenderaan awam pengumuman di RC [1]
Dikawal selia oleh(RC Kementerian Pendidikan dan sesetengah NGO adalah berpengaruh di Taiwan)
Kod bahasa
ISO 639-1zh-min-nan
ISO 639-3
nan
Paparan amaran: Laman menggunakan Templat:Infobox language dengan parameter "rank" yang tidak diketahui

Hokkien (/ˈhɒkiɛn/ HOK-ee-en, /ˈhkiɛn/ HOH-kee-en) ialah satu variasi bahasa Cina dalam kumpulan Min Selatan. Ia berasal dari kawasan Minnan di tenggara Fujian, China, dan juga dikenali sebagai Quanzhang (Cina: 泉漳; Pe̍h-ōe-jī: Choân-chiang), merujuk kepada dua bandar utama, Quanzhou dan Zhangzhou.

Hokkien Taiwan merupakan salah satu bahasa kebangsaan di Taiwan. Bahasa Hokkien juga dituturkan secara meluas oleh diaspora Cina di Singapura, Malaysia, Filipina, Indonesia, Kemboja, Myanmar, Hong Kong, Thailand, Brunei, Vietnam, dan seluruh dunia. Tahap saling kefahaman antara dialek Hokkien berbeza-beza, namun bahasa ini tetap diikat oleh identiti etnolinguistik yang sama.

Di Asia Tenggara Maritim, Hokkien pernah menjadi lingua franca dalam kalangan komuniti Cina Perantauan dari pelbagai kumpulan dialek dan subetnik, dan hingga kini kekal sebagai variasi bahasa Cina yang paling banyak dituturkan di rantau ini, termasuk di Singapura, Malaysia, Filipina, Indonesia, dan Brunei. Perkara ini turut berlaku, walaupun dalam skala yang lebih kecil, di Asia Tenggara Tanah Besar. Hasil daripada pengaruh diaspora Hokkien yang besar, terdapat banyak perkataan pinjaman Hokkien dalam bahasa yang berhubung sejarah dengannya, seperti bahasa Thai. Beberapa bahasa campuran turut wujud, seperti Hokkien Peranakan Kelantan di Malaysia dan Hokaglish di Filipina, yang menggunakan Hokkien sebagai bahasa asas.