Luqman Abdullah
Luqman Abdullah | |
|---|---|
| لقمان عبدالله | |
| Mufti Wilayah Persekutuan ke-8 | |
| Dalam jawatan 15 Mei 2020 – 15 Mei 2025 | |
| Perdana Menteri | Anwar Ibrahim Muhyiddin Yassin Ismail Sabri Yaakob |
| Timbalan | Jamali Mohd Adnan |
| Didahului oleh | Zulkifli Mohamad Al-Bakri |
| Digantikan oleh | Fauwaz Fadzil |
| Maklumat peribadi | |
| Lahir | 12 September 1969 Pasir Mas, Kelantan, Malaysia |
| Pasangan | Datin Dr. Wan Marhaini Wan Ahmad |
| Tempat belajar | Universiti Malaya (BA) Universiti Edinburgh (PhD) |
| Pekerjaan | Pendakwah dan Pensyarah Universiti |
Prof. Madya Datuk Dr. Haji Luqman bin Haji Abdullah (Jawi: حاج لقمان بن حاج عبد الله; lahir 12 September 1969) merupakan Mufti Wilayah Persekutuan berkuatkuasa pada 15 Mei 2020 hingga 14 Mei 2022. Beliau menggantikan Datuk Dr. Zulkifli Mohamad al-Bakri yang dilantik sebagai Senator untuk memegang portfolio Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama). Beliau juga merupakan Pengerusi Madrasah Rahmaniah Pondok Lubuk Tapah, Pasir Mas, Kelantan dan merupakan Pensyarah Jabatan Fiqh dan Usul Fiqh, Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya.