Fauwaz Fadzil
Fauwaz Fadzil | |
|---|---|
Fauwaz sedang membedah kitab pengajian | |
| Mufti Wilayah Persekutuan ke-9 | |
| Menyandang jawatan 23 Mei 2025 | |
| Perdana Menteri | Anwar Ibrahim |
| Timbalan | Jamali Mohd Adnan |
| Didahului oleh | Luqman Abdullah |
| Ahli Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan | |
| Menyandang jawatan 2024 | |
| Ketua | Syed Kamarulzaman Syed Kabeer, Pengerusi |
| Timbalan Yang Dipertua Kesatuan Ulama Muslim Antarabangsa cawangan Malaysia | |
| Menyandang jawatan 2019 | |
| Ketua | Wan Subki Wan Salleh |
| Maklumat peribadi | |
| Lahir | Ahmad Fauwaz bin Ali @ Fadzil 10 Februari 1981 Alor Setar, Kedah |
| Pertalian | Muhammad Faiz Fadzil (Abang) |
| Ibu bapa | Fadzil Mohd Noor (bapa) |
| Tempat belajar |
|
Ustaz Haji Ahmad Fauwaz bin Dato' Ustaz Haji Fadzil (lahir 10 Februari 1981) ialah seorang sarjana Islam di Malaysia. Beliau ialah Mufti Wilayah Persekutuan sejak 23 Mei 2025. Beliau terlibat dalam banyak jawatankuasa syariah institusi kewangan dan badan bukan kerajaan di Malaysia. Beliau juga menulis beberapa buah buku dan rencana dan mengendalikan latihan berkaitan bidang kepakaran beliau, iaitu fiqah perundangan Islam .