Lollipop (lagu Big Bang dan 2NE1)

"Lollipop"
Single promosi oleh BIGBANG dan 2NE1
daripada album 2NE1
Dilancarkan27 Mac 2009
Dirakamkan2009
FormatMuat turun muzik dan penstriman muzik
GenreK-pop, bubblegum dan pop tarian
SyarikatYG Entertainment
PengedarYG PLUS
PenulisTeddy Park
Kronologi keseluruhan single BIGBANG
"Stylish (The Fila)"
(2008)
"Lollipop"
(2009)
"So Fresh, So Cool"
(2009)
Kronologi single 2NE1
"Lollipop"
(2009)
"Fire"
(2009)
sunting · sunting di Wikidata

"Lollipop" ialah lagu kerjasama yang dirakamkan oleh kumpulan muzik BIGBANG dan 2NE1. Runut tersebut dikeluarkan pada 27 Mac 2009 bagi mempromosikan telefon bimbit Cyon oleh syarikat LG. "Lollipop" secara tidak rasminya menjadi lagu kemunculan sulung bagi 2NE1 kerana lagu itu bukanlah runut penampilan pertama yang rasmi; 2NE1 membuat penampilan sulung melalui pelancaran single "Fire" (2009).

Lagu ini mencapai kedudukan teratas dalam pelbagai carta muzik dalam talian, termasuklah kedudukan pertama selama empat minggu di portal muzik Mnet.