YG Plus
| Jenis/bentuk sah | Agensi bakat, syarikat rakaman, syarikat awam |
|---|---|
| Industri | Industri pengiklanan, media massa, industri muzik |
| Ditubuhkan | November 2014 |
| Ibu pejabat | Seoul , Korea Selatan |
| Syarikat induk | YG Entertainment |
| Tapak web | www |
| sunting ยท sunting di Wikidata | |
YG Plus Inc. (dahulunya Phoenix Holdings Inc.) ialah sebuah syarikat media dan pengiklanan awam Korea Selatan yang diambil alih oleh YG Entertainment pada November 2014. Pada 2019, syarikat itu memasuki industri pengedaran muzik dan turut terlibat dalam penghasilan, pengedaran dan pelesenan barangan yang berkaitan dengan artis muzik. Pada Januari 2021, Hybe Corporation dan anak syarikat teknologinya, Weverse Company, telah memperoleh 17.89% daripada syarikat itu dalam perjanjian dagangan dan pengedaran. Kerjasama menjadikan YG Plus sebagai pengedar produk bagi artis-artis HYBE Music (Big Hit dan Pledis) dan artis-artis YG Entertainment pula menyertai Weverse.