Lebuhraya Ke Neraka

Lebuhraya Ke Neraka
PengarahMamat Khalid
PenulisMamat Khalid
Dihasilkan oleh
Dibintangi
SinematografiRaja Mukhriz
Disunting olehShahairil Shahadan
Syarikat
penerbitan
Diedarkan olehPrimeworks Studios
Tarikh tayangan
  • 4 Mei 2017 (2017-05-04)
Masa tayangan
93 minit
NegaraMalaysia
BahasaMelayu
Pecah panggungRM 530,000

Lebuhraya Ke Neraka ialah sebuah filem seram Malaysia 2017 arahan Mamat Khalid. Ia dibintangi oleh Awie, Khir Rahman, Shahz Jaszle, Pekin Ibrahim, Dazrin Kamarudin, Miera Leyana dan Fatin Shahirah. Ia mengisahkan tentang sekumpulan anak-anak muda yang sukakan motosikal berkuasa tinggi dan gemar mengembara merentas desa. Nama kumpulan mereka ialah Rentaz. Ketika dalam satu konvoi ke Betong Siam, mereka telah dibawa ke alam barzakh atau halusinasi dalam alam koma. Filem ini ditayangkan pada 4 Mei 2017 oleh Primeworks Studios dan Grand Brilliance.