Miera Leyana

Miera Leyana
ميايرا ليانا
Kelahiran
Miera Leyana binti Kasmi

(1993-08-28) 28 Ogos 1993
PekerjaanPelakon, model
Tahun aktif2008–kini
PasanganRosland Othman (k. 2020)
Anak-anak2
IbuDatin Sri Aishah Abdullah
BapaDato' Sri Kasmi Mat Arsat
SaudaraMuhammed Fadley (abang)
Miera Leydia (adik)

Miera Leyana Dato' Sri Kasmi (Jawi: ميايرا ليانا كسمي; lahir 28 Ogos 1993) ialah seorang pelakon dan model wanita Malaysia. Beliau terkenal dengan watak sebagai Luna drama bersiri dalam talian (d.b.t.) Luna Fantasiku yang juga merupakan kemunculan sulung beliau dalam kerjaya lakonan. Bakat beliau telah ditampilkan oleh agensi pencarian bakat Maverick+Co. Kredit filem Miera termasuk Apokalips X (2014) dan Lebuhraya Ke Neraka (2017). Antara drama lakonan beliau ialah Kamelia Katrina, Putera Rayyan, Memori Cinta Suraya dan Biar Aku Jadi Penunggu.