Khir Rahman

Khir Rahman
Kelahiran
Khairulizam bin Abdul Rahman

(1973-03-12) 12 Mac 1973
PekerjaanPelakon, pengarah, pemuzik, komposer, penulis skrip, pengacara
Tahun aktif1996–kini
PasanganSiti Jasmina Ibrahim (k. 2002)
Anak-anak2
Ibu bapaDato' A. Rahman Hassan (bapa)
Datin Azizah Mohamad (ibu)
Datin Fadilah Mansor (ibu tiri)
SaudaraKhairulazmi Abd Rahman (adik)

Khairulizam Abdul Rahman (lahir 12 Mac 1973) yang dikenali sebagai Khir Rahman merupakan seorang pelakon, pengarah, pemuzik, komposer, penulis skrip dan pengacara Malaysia. Beliau merupakan anak kepada pasangan penyanyi pop yeh yeh terkenal, Allahyarham Dato' A. Rahman Hassan dan Allahyarhamah Datin Azizah Mohamad. Beliau menyerlah melalui filem pertama arahannya, ...Dalam Botol, watak sebagai Kemawas dalam Hikayat Merong Mahawangsa dan watak sebagai Jijoe dalam Rock Oo!. Beliau mempunyai seorang adik bernana Khairulazmi Abd Rahman.