Olan
Olan | |
|---|---|
| Juga dikenali sebagai | Orang Lamo Anak Nogori |
| Asal | Kuala Pilah , Malaysia |
| Genre | Rock kapak, metal, hard rock, slow rock, balada |
| Tahun aktif | 1990 |
| Pautan berkaitan | |
| Pautan lain | |
| sunting ยท sunting di Wikidata | |
Olan merupakan sebuah kumpulan rock Malaysia yang aktif sekitar tahun 1990-an. Kumpulan yang dianggotai oleh anak-anak muda dari Kuala Pilah, Negeri Sembilan ini (kecuali gitaris keduanya yang berasal dari Ipoh, Perak) menyampaikan lagu-lagu rock Melayu.
Nama kumpulan ini diambil daripada nama gitaris utamanya, Oslan, juga merangkap akronim bagi "Orang Lamo Anak Nogori".
Olan merupakan salah satu daripada gergasi-gergasi rock dari Negeri Sembilan selain Allahyarham Achik Spin, Hattan, Zaiton Sameon, dan kugiran-kugiran seperti DIA, Fantasia, Kejora, Laksamana, Medicine, Spring dan Stings. Dengan kesemua kugiran rock di negeri beradat ini berasal dari Seremban, hanya mereka dan Fantasia sahaja yang berasal dari luar bandar raya tersebut.
Olan mula menempa nama di persada muzik rock negara menerusi lagu "Cinta Bandar Tasik Selatan" (didendangkan semula sebagai versi cover oleh kumpulan Asahan di bawah judul '"Cinta Tasikmalaya" untuk pasaran Indonesia). Antara lagu-lagu hits mereka yang lain termasuklah "Kenangan Semalam", "Suratan Berbeza", "Hitam Manisan" dan "Hiasan".