Krisis Krimea 2014

Krisis Krimea 2014
Sebahagian daripada akibat revolusi Ukraine 2014
Krimea (hijau tua), bahagian lain Ukraine (hijau muda) dan Rusia (merah muda) di Eropah
  Bahagian lain Ukraine
  Rusia
Tarikh23 Februari 2014 – 19 Mac 2024
(3 minggu dan 3 hari)
Lokasi
Punca 
  • Tentangan terhadap gerakan Euromaidan
  • Tentangan terhadap kerajaan Yatsenyuk
  • Undian Verkhovna Rada pada 23 Februari untuk memansuhkan undang-undang yang melindungi bahasa minoriti
Kaedah 
  • Bantahan awam
  • Operasi tentera Rusia tidak bertanda di Krimea
  • Pengerahan askar di Ukraine
StatusSedang berjalan
  • Campur tangan tentera Rusia.
  • Lelaki bersenjata pro-Rusia menawan lokasi utama.
  • Organ kuasa dirampas: Majlis Menteri Krimea dibubarkan, perdana menteri baharu dilantik, Majlis Tertinggi Krimea mengundi menyertai Persekutuan Rusia dan mengumumkan pungutan suara pada 16 Mac.
  • Viktor Yanukovych menolak kesahan kerajaan pasca-revolusi di Kiev, dan menegaskan haknya terhadap kepresidenan Ukraine.
  • Bantahan pro-Rusia merebak ke timur dan selatan Ukraine.
  • Komander Tentera Laut Ukraine berpaling tadah, menyokong kerajaan baharu Krimea.
  • Rusia mengecam kerajaan Arseniy Yatsenyuk sebagai tidak sah dan menggantung perjanjian yang sebelum ini ditandatangani dengan Ukraine.
  • Angkatan Tentera Rusia tiba di kampung Chonhar (Oblast Kherson).
Pihak terlibat

 Krimea

  • Kerajaan Aksyonov
  • Militia pertahanan diri Krimea

Sevastopol
Militan pro-Rusia
Kepresidenan Yanukovych dalam-buangan
 Rusia

Kossak Kuban


Nochnye Volki

 Ukraine

Majlis Orang Tatar Krimea

Sesetengah pengantara antarabangsa (pemerhati tentera OSCE dan utusan PBB)
Tokoh dan pemimpin utama
Sergey Aksyonov
Vladimir Konstantinov
Rustam Temirgaliev
Denis Berezovsky
Aleksei Chalyi
Pavel Gubarev Vladimir Putin
Dmitry Medvedev
Sergey Shoygu
Valery Gerasimov
Igor Sergun
Aleksandr Vitko
Oleksandr Turchynov
Arseniy Yatsenyuk
Andriy Parubiy
Arsen Avakov
Valentyn Nalyvaichenko
Serhiy Kunitsyn
Ihor Tenyukh
Mykhailo Kutsyn
Serhiy Hayduk
Dmytro Yarosh
Mustafa Dzhemilev
Refat Chubarov
Bilangan

Pembantah

Unit sukarela

  • 5,000 (Sevastopol)
  • 1,700 (Simferopol)

Pembelot Angkatan Tentera Ukraine

  • 6,000 (dakwaan Krimea)

Pembantah

  • 4,000–10,000 (Simferopol)

Angkatan Tentera Ukraine

  • Sekitar 5,000 askar
  • Sedang merekrut dan memanggil pasukan simpanan
Korban
Beberapa kecederaan teruk
Beberapa orang awam maut

Krisis Krimea (Bahasa Ukraine: Кримська криза, Rusia: Крымский кризис, Tatar Krimea: Qırım krizisı) ialah satu krisis antarabangsa yang masih berjalan yang melibatkan Rusia dan Ukraine, dan berpusat di Semenanjung Krimea—suatu wilayah yang menempatkan dua subbahagian Ukraine: bandar Sevastopol dan Republik Autonomi Krimea. Republik Autonomi Krimea memiliki autonomi besar dan perlembagaannya sendiri walaupun merupakan sebahagian daripada Ukraine. Wilayah semenanjung ini memiliki sejarah yang panjang dan kompleks dengan penduduknya banyak berubah dalam 200 tahun terakhir. Hari ini, majoriti penduduknya berbahasa Rusia, dengan orang Ukraine dan orang asalnya membentuk hanya sepertiga jumlah penduduk.

Krisis ini terjadi pada Februari 2014, apabila akibat revolusi Ukraine—dan selepas keganasan bersenjata di Kiev—kerajaan kebangsaan Ukraine digulingkan dan digantikan dengan pemimpin parti pembangkang. Ketegangan terus memuncak antara gerakan Euromaidan pro-Europah dan Antimaidan pro-Rusia yang terlibat dalam revolusi tersebut apabila diapikan media. Rusia terlibat apabila anggota Svoboda dijadikan anggota kerajaan Ukraine baharu; suatu tindakan yang dikecam Rusia memandangkan ia menganggap Svoboda sebagai neo-fasis, dan Parlimen Eropah meluluskan satu resolusi terhadap parti tersebut, melabelkannya sebagai "rasis, anti-Semitik dan xenofobik" dan menyeru parti pro-demokratik di Ukraine "tidak terlibat, menyokong atau membentuk campuran dengan parti ini". Beberapa hari kemudian, askar tak bertanda yang mengaku pasukan pertahanan diri tempatan namun disyaki askar Rusia, menawan semenanjung ini. Campur tangan tentera Rusia ke Krimea menyusul tidak lama selepas itu.

Tindak balas Ukraine setakat ini agak perlahan dengan pemimpin baharunya cuba mencari penyelesaian diplomatik dan reaksi ketenteraan terhad kepada kerahan angkatan tentera dan pasukan simpanan Ukraine. Rusia, bagaimanapun, berikrar tenteranya akan kekal sehingga situasi politik kembali normal. Di peringkat antarangsa, Amerika Syarikat, United Kingdom, Perancis, Jerman, Itali, Poland, Kanada, Turki dan Kesatuan Eropa mengutuk Rusia, mendakwanya melanggar undang-undang antarabangsa dan mencabuli kedaulatan Ukraine. Rusia, bagaimanapun, tidak mengiktiraf kerajaan baharu yang dilantik di Ukraine dan mendakwa ia cuma bertindak balas terhadap permintaan yang dibuat oleh Presiden Ukraine yang digulingkan Viktor Yanukovych untuk campur tangan bagi mewujudkan undang-undang dan ketenteraman di wilayah tersebut; dakwaan yang, sekiranya benar, boleh membuatkan campur tangan Rusia sebagai sah di sisi undang-undang mengikut perjanjian 1997.

Beberapa hari kemudian, pada 6 Mac, parlimen Krimea mengundi meminta penyatuan semula dengan Rusia, yang, sekiranya dipersetujui Rusia, akan diminta pandangan penduduk melalui satu pungutan suara. Parlimen, bagaimanapun, dikelilingi dan di bawah kawalan sekumpulan yang tidak dikenali, dengan sesetengah anggota tidak dibenarkan masuk. Kerajaan baharu Ukraine menyatakan pungutan suara tersebut dan keputusannya tidak sah; membingungkan lagi keadaan kerana parlimen Krimea, sebaliknya, tidak menganggap kerajaan baharu Ukraine sebagai kerajaan sah.

Pada 11 Mac, selepas pertelingkahan antara Krimea, Sevastopol, dan kerajaan sementara Ukraine yang baru dilantik, parlimen Krimea dan dewan bandaraya Sevastopol menerima satu resolusi untuk membuahkan hasrat mereka untuk mengisytiharkan kemerdekaan secara unilateral sebagai sebuah bangsa bersatu tunggal dengan kemungkinan menyertai Persekutuan Rusia sebagai anggota persekutuan seandainya direstui oleh para pengundi di pungutan suara akan datang.

Pada 16 Mac, adalah diumumkan secara rasmi bahawa hampir 96% pengundi di Krimea menyokong supaya menyertai Rusia. Menurut pegawai pilihan raya, jumlah kedatangan adalah tertinggi sekali, walaupun ramai orang Tatar dan pembangkang pungutan suara dilaporkan telah memboikot undian itu. Pada 17 Mac, parlimen Krimea secara rasmi mengisytiharkan kemerdekaannya dari Ukraine serta memohon untuk menyertai Persekutuan Rusia. Pada 18 Mac, Presiden Putin menuntut semula Krimea sebagai wilayah Rusia atas dasar moral dan kebendaan, beralaskan prinsip penentuan nasib sendiri dan kepentingan strategik Krimea kepada Rusia.

Parlimen Ukraine menyatakan bahawa pungutan suara itu menyalahi perlembagaan. Rusia bertegas supaya tenteranya kekal di Krimea hingga situasi politik kembali normal sambil mengiktiraf kerajaan Krimea yang baru serta datuk bandar Sevastopol, di samping pungutan suara dan keputusannya. Amerika Syarikat dan Kesatuan Eropah menganggap pungutan suara itu sebagai "tidak sah" serta bertegas bahawa undian Krimea itu akan mendatangkan banyak padah.