Angkatan Tentera Rusia

Angkatan Tentera Persekutuan Rusia
Вооружённые си́лы Росси́йской Федера́ции
Vooruzhonnije síly Rossíyskoj Federátsii

Lambang Angkatan Tentera
Diasaskan 7 Mei 1992
Cabang khidmat
Angkatan Darat
Angkatan Aeroangkasa
Tentera Udara
Tentera Laut
  • Pasukan Pantai
  • Infantri Tentera Laut

Angkatan Peluru Berpandu Strategik
Angkatan Airborne
Pasukan Operasi Khusus
Angkatan Angkasa Rusia

Ibu pejabat Kementerian Pertahanan, Daerah Khamovniki, Moscow
Kepimpinan
Pemerintah Tertinggi Presiden Vladimir Putin
Menteri Pertahanan Andrey Belousov
Ketua Turus Am Jen Valery Gerasimov
Usia masuk tentera 18–33
Pengerahan 12 hingga 24 bulan
Kakitangan aktif 1,013,628 (Kedudukan Ke-4)
Kakitangan simpanan 2,572,500
Perbelanjaan
Bajet AS$61.4 bilion (2018) (kedudukan ke-6)
Peratusan KDNK 3.9% (2018)
Industri
Pembekal domestik
Senarai
  • Rostec
  • United Aircraft Corporation
  • United Shipbuilding Corporation
  • Russian Helicopters
  • Tactical Missiles Corporation
  • Almaz-Antey
  • High Precision Systems
  • Moscow Institute of Thermal Technology
  • Kalashnikov Concern
  • Military Industrial Company
  • Uralvagonzavod
  • Kurganmashzavod
  • KAMAZ
Rencana berkaitan
Sejarah Sejarah ketenteraan Rusia
Sejarah pangkat tentera Rusia
Pangkat tentera Soviet Union
Perang melibatkan Rusia
Pangkat Lencana pangkat Tentera Udara
Lencana pangkat Tentera Darat
Lencana pangkat Tentera Laut

Panji-panji Angkatan Tentera

Angkatan Tentera Persekutuan Rusia (Bahasa Rusia: Вооружённые си́лы Росси́йской Федера́ции, tr. Vooruzhonnije síly Rossíyskoj Federátsii), lebih dikenali sebagai Angkatan Tentera Rusia adalah angkatan bersenjata bagi Persekutuan Rusia, ditubuhkan selepas pembubaran Kesatuan Soviet. Pada 7 Mei 1992, Boris Yeltsin menandatangani perintah presiden menubuhkan Kementerian Pertahanan Rusia dan meletakkan semua pasukan Angkatan Tentera Soviet di wilayah Republik Sosialis Persekutuan Soviet Rusia dibawah kawalan Rusia. Pemerintah Tertinggi Angkatan Tentera ialah Presiden Rusia. Angkatan Tentera Rusia telah dibentuk pada tahun 1992. Ia merupakan salah sebuah angkatan tentera terbesar di dunia. Menurut Credit Suisse, Rusia mempunyai tentera kedua paling kuat di dunia. Ia juga merupakan pengeksport senjata kedua terbesar dunia.

Dibawah undang-undang persekutuan Rusia, ATRu bersama dengan Pasukan Sempadan Perkhidmatan Keselamatan Persekutuan (FSB), Pengawal Kebangsaan, Kementerian Dalam Negeri (MVD), Perkhidmatan Perlindungan Persekutuan (FSO), Perkhidmatan Perisikan Asing (SVR), dan pertahanan awam EMERCOM membentuk perkhidmatan tentera Rusia dan adalah dibawah kawalan langsung Majlis Keselamatan Rusia.