Viktor Yanukovych

Viktor Yanukovych
Віктор Янукович
Presiden Ukraine ke-4
Dalam jawatan
25 February 2010 – 22 February 2014
Perdana MenteriYulia Tymoshenko
Oleksandr Turchynov (memangku)
Mykola Azarov
Serhiy Arbuzov (memangku)
Didahului olehViktor Yushchenko
Digantikan olehOleksandr Turchynov (memangku)
Perdana Menteri Ukraine ke-9 dan 12
Dalam jawatan
4 Ogos 2006 – 18 Disember 2007
PresidenViktor Yushchenko
TimbalanMykola Azarov
Didahului olehYuriy Yekhanurov
Digantikan olehYulia Tymoshenko
Dalam jawatan
28 Disember 2004 – 5 Januari 2005
PresidenLeonid Kuchma
TimbalanMykola Azarov
Didahului olehMykola Azarov (memangku)
Digantikan olehMykola Azarov (memangku)
Dalam jawatan
21 November 2002 – 7 Disember 2004
PresidenLeonid Kuchma
TimbalanMykola Azarov
Didahului olehAnatoliy Kinakh
Digantikan olehMykola Azarov (memangku)
Governor Donetsk ke-4
Dalam jawatan
14 May 1997 – 21 November 2002
Didahului olehVolodymyr Sherban
Digantikan olehAnatoliy Blyzniuk
Maklumat peribadi
Lahir
Viktor Fedorovych Yanukovych

(1950-07-09) 9 Julai 1950
Yenakiieve, Kesatuan Soviet (kini Ukraine)
Parti politik
PasanganLyudmilla Oleksandrivna
AnakOleksandr
Viktor
Tempat belajarDonetsk National Technical University
Kiev National University of Trade and Economics
Tandatangan
Laman webTapak web presiden
Paparan amaran: Page using Template:Infobox officeholder with unknown parameter "religion"

Viktor Fedorovych Yanukovych (Bahasa Ukraine: Ві́ктор Фе́дорович Януко́вич, listen; Rusia: Виктор Фёдорович Янукович; lahir 9 Julai 1950) ialah seorang ahli politik Ukraine yang menjadi Presiden Ukraine dari 2010 hingga diturunkan pada 2014. Beliau mula menjawat pada Februari 2010 selepas memenangi pilihan raya presiden. Empat tahun kemudian, pada 22 Februari 2014, beliau didakwa dan diundi makzul jawatan oleh 328 daripada 334 anggota parlimen Ukraine, Verkhovna Rada yang hadir. Beliau dianggarkan berharta bernilai $12 bilion.

Yanukovych menjadi Gabenor Oblast Donetsk dari 1997 hingga 2002. Kemudian beliau menjadi Perdana Menteri Ukraine dari 21 November 2002 hingga 31 Disember 2004 di bawah Presiden Leonid Kuchma. Selepas gagal dalam pilihan raya presiden 2004, Yanukovych kembali menjadi perdana menteri dari 4 Ogos 2006 hingga 18 Disember 2007 di bawah Presiden Viktor Yushchenko. Selepas akhirnya menjadi presiden pada 2010, Mykola Azarov menggantikan beliau sebagai ketua Parti Wilayah.

November 2013 menyaksikan permulaan siri peristiwa yang membawa kepada penyingkiran beliau sebagai presiden. Yanukovych menolak satu persetujuan hubungan dengan Kesatuan Eropah untuk memberikan peluang kepada jaminan pinjaman dan hubungan lebih rapat dengan Rusia. Ini membawa kepada bantahan popular aman dan pendudukan Medan Kemerdekaan Kiev yang dipanggil Euromaidan oleh penyokong pro-EU. Pada Januari 2014 ia berkembang menjadi pertempuran berdarah di beberapa tempat di Ukraine, antara orang awam dan polis khas.. Selepas perbincangan dengan pembangkang gagal pada Februari 2014, serta selepas lebih 100 orang maut dan 1,100 lagi cedera, anggota parlimen mengundi menurunkan beliau kerana gagal menjalankan tanggungjawab. Pilihan raya bagi melantik presiden baharu dijadualkan pada 25 Mei.

Satu waran tangkap dikeluarkan terhadap Yanukovych pada 24 Februari, mendakwa beliau melakukan jenayah terhadap pembantah.