Kopitiam (siri TV)
| Kopitiam | |
|---|---|
| Genre | Komedi |
| Pencipta | Ng Ping Ho |
| Ditulis oleh |
|
| Pengarah | Ng Ping Ho |
Dibintangi oleh | |
| Lagu pembukaan | "Empty Decorations" |
| Lagu penutup | "Empty Decorations" |
| Negara asal | Malaysia |
| Bahasa | Bahasa Inggeris |
| Bilangan musim | 7 |
| Penerbitan | |
| Tempoh siaran | 20 minit |
Syarikat penerbitan | Double Vision |
| Penyiaran | |
| Saluran asal | ntv7 |
| Siaran asal | 1998 – 2003 |
Kopitiam ialah sebuah rancangan televisyen komedi Malaysia yang bersiaran di ntv7 dari 1998 hingga 2003 dan diterbitkan sebanyak 7 musim. Barisan pelakon terdiri daripada Joanna Bessey, Lina Teoh, Douglas Lim, Rashid Salleh, Tan Jin Chor, Mano Maniam, Chew Kin Wah, Bernie Chan, Jojo Struys, Chelsia Ng dan Baki Zainal. Siri ini menerima pengiktirafan di Anugerah Televisyen Asia; memenangi Sitkom Terbaik pada 1998 dan kemudiannya memenangi "Highly Commended for Best Comedy Program title" pada 2000. Kopitiam diarahkan oleh Ng Ping Ho dan diterbitkan oleh Double Vision.
Pada November 2019, Kopitiam diterbitkan semula dengan versi baru yang diberi judul Kopitiam: Double Shot yang memulakan tayangan perdana di Viu pada 28 November 2019, sempena ulang tahun ke-21 sitkom ini.