Jojo Struys

Jojo Struys
Kelahiran
Jeannette Mauren Struys

(1975-07-18) 18 Julai 1975
PendidikanIjazah Perniagaan
Pusat pendidikanUniversiti Curtin
Pekerjaan
  • Model
  • pelakon
  • pengacara
  • emcee
  • penyampai radio
  • penulis
  • penari
  • personaliti kesihatan
  • ahli perniagaan
Tahun aktif1997–kini
PasanganMichael Lim (k. 2012)
Laman web rasmijojostruys.com

Jeannette Mauren "Jojo" Struys (lahir 18 Julai 1975) ialah seorang model, pelakon, pengacara televisyen, penulis, personaliti kesihatan dan ahli perniagaan Malaysia. Beliau telah berpengalaman menulis rencana, mengendalikan bengkel dan menerbitkan rancangan televisyen yang mengkhususkan kepada kesihatan. Beliau juga ialah pengasas studio kecergasan dan kesihatan, OhanaJo Studio. Dalam bidang lakonan, beliau terkenal dengan watak lakonannya sebagai Cate dalam sitkom Kopitiam (2002–2003) dan sebagai Aleya dalam filem Cinta Luar Biasa (2004).