NTV7

NTV7
Negara Malaysia
Kawasan penyiaranSeluruh negara
SloganFEEL IT.
(5 Mac - 30 Disember 2018, 30 Disember 2020 - 16 Februari 2021)
Ibu pejabatBalai Berita, Bangsar, Kuala Lumpur, Malaysia
Pengaturcaraan
Bahasa
Format gambar16:9 HDTV (1080i)
16:9 SDTV (576i)
Pemilikan
PemilikMedia Prima Berhad
Pertubuhan indukNatseven TV Sdn. Bhd.
Orang penting
  • Nini Yusof
    Ketua Pegawai Eksekutif, Rangkaian Televisyen Media Prima dan Primeworks Studios
Saluran saudara
Sejarah
Dilancarkan7 April 1998 (1998-04-07)
Digantikan olehDidikTV KPM
Paparan amaran: Halaman menggunakan Template:Infobox television channel dengan parameter tidak diketahui "slogan"

Natseven TV Sdn. Bhd., beroperasi sebagai NTV7 ialah saluran televisyen percuma ke udara Malaysia yang dimiliki oleh Media Prima. Stesen TV komersial swasta ketiga di Malaysia, rangkaian memfokuskan pada kawasan bandar dengan pelbagai jenis program, drama dan berita. Pada 17 Februari 2021, NTV7 telah menjadi saluran berasaskan pendidikan iaitu DidikTV KPM.

Pada asalnya, ibu pejabat saluran ini bersiaran dari Shah Alam, Selangor pada 7 April 1998 dan kemudian berpindah ke Sri Pentas, Bandar Utama, Petaling Jaya, Selangor pada 30 Disember 2005 sebelum bersiaran sepenuhnya di Balai Berita, Bangsar, Kuala Lumpur pada 21 Oktober 2024 sama seperti yang berlaku pada TV3, 8TV dan TV9 apabila berpindah ke ibu pejabat New Straits Times Press pada tahun 2024.

TV3, TV9, NTV7, 8TV dan stesen radio dikawal selia oleh Media Prima yang mana siarannya berpusat di Balai Berita, Bangsar, Kuala Lumpur.

Saluran ini disiarkan secara langsung pada perkhidmatan penstriman Media Prima, Tonton dan unifi PlayTV. NTV7/DidikTV KPM dan saluran Media Prima yang lainnya tiada dalam aplikasi Astro GO dan sooka kerana di platform Astro dan NJOI masih disiarkan dalam bentuk definisi standard (SD) walaupun siarannya ke resolusi 16.9 atau resolusi HD.