Konsert Ikhlas 1992
| Konsert Ikhlas 1992 | |
|---|---|
| Konsert oleh artis R.A.P. | |
| Lokasi | Kuala Lumpur, Malaysia |
| Tempat | Stadium Merdeka |
| Album berkaitan | Ikhlas |
| Tarikh | 25 Disember 1992 |
| Tempoh masa | 2 jam |
| Jumlah persembahan | 1 |
| Penerbit | Roslan Aziz |
| Kehadiran | 45,000 |
| Belanjawan | RM1.2 juta |
Konsert Ikhlas 1992, juga dikenali sebagai Konsert Ikhlas Tapi Jauh atau Konsert Ikhlas Sanyo '92 ialah konsert yang dianjurkan oleh Roslan Aziz Productions (RAP). Berlangsung pada 25 Disember 1992 di Stadium Merdeka, Kuala Lumpur, konsert ini menghimpunkan 6 artis RAP — Zainal Abidin, Zubir Ali, Sheila Majid, Afdlin Shauki, Azman Warren dan Amir Yussof. Ia menjadi kejayaan komersial apabila menjadi konsert terbesar pernah dianjurkan di Malaysia dengan kehadiran lebih 45,000 penonton.