Amir Yussof

Amir Yussof
Juga dikenali
sebagai
Amir
Kelahiran1967 (umur 57–58)
New Delhi, India
AsalKuala Lumpur, Malaysia
WarganegaraMalaysia
GenrePop, akustik, folk
PekerjaanPenyanyi, penulis lagu
Alat muzikVokal, gitar
Tahun aktif1987–kini
Syarikat rakamanSCAT, Ragtime
Kegiatan berkaitanAfdlin Shauki, Zainalabidin, Zubir Ali, Azman Warren, Sheila Majid
Pautan berkaitan
Tapak sesawangwww.amiryussof.com
Pautan lain
sunting · sunting di Wikidata

Amir Yussof (lahir 1967) merupakan seorang penyanyi, penulis lagu dan penyampai suara latar Malaysia. Dilahirkan di New Delhi, India dan dibesarkan di Kuala Lumpur, Amir memulakan kerjaya muzik solo dengan bergiat aktif menyanyi di beberapa kelab malam selepas berhenti belajar di universiti. Bakatnya dicungkil oleh Roslan Aziz menerusi pertandingan Top of the Pubs di mana Roslan ialah juri ketika itu, Amir dinobatkan sebagai pemenang tempat kedua.

Menerusi label Roslan Aziz Productions (RAP), Amir muncul bersama album kompilasi Ikhlas (1991) yang turut menampilkan Afdlin Shauki, Zainalabidin dan Sheila Majid. Dalam album itu, beliau menyumbangkan lagu bertajuk "Island". Album solo pertamanya, Some of This is Real dikeluarkan pada 1995, melayakkan Amir memenangi Album Inggeris Tempatan Terbaik di Anugerah Industri Muzik ke-3 pada 1996. Beliau kemudiannya merakamkan dua lagi album yang turut menerima pencalonan AIM—Altered Native (1998) dan Aquarius (2002). Selain itu, beliau pernah menyumbangkan suaranya untuk watak Tarzan untuk filem animasi Disney 1999, Tarzan versi bahasa Melayu.