Roslan Aziz Productions

Roslan Aziz Productions
Diasaskan1989 (1989)
Dibubarkan2004 (2004)
PengasasRoslan Aziz
StatusDitutup
GenrePelbagai
Negara asalMalaysia
LokasiKuala Lumpur, Malaysia

Roslan Aziz Productions Sdn. Bhd. (secara rasmi disingkat sebagai RAP) ialah sebuah syarikat rakaman Malaysia yang diasaskan pada 1989 oleh penerbit muzik, Roslan Aziz yang turut berkhidmat sebagai Pengarah Urusan (digantikan oleh Kamarudin Meranun) dan Pengarah Audio Visual. Bermula sebagai sebuah rumah penerbitan biasa, ia merupakan antara syarikat rakaman yang amat dikagumi dan mengenengahkan irama muzik yang kurang mesra dengan halwa telinga ketika itu seperti muzik dunia, muzik etnik, fusion rock, soul, poetry ballad dan jaz. Antara artis-artis terkenal RAP ialah Zainalabidin, Zubir Ali dan Sheila Majid.