Konklaf kepausan 2025
| Konklaf kepausan Mei 2025 | |
|---|---|
| Tarikh dan lokasi | |
| 7–8 Mei 2025 Kapel Sistina, Istana Apostolik, Kota Vatikan | |
| Pegawai utama | |
| Dekan Kolej (Decanus) | Giovanni Battista Re |
| Upadekan (Subdecanus) | Leonardo Sandri |
| Ketua Bendahari Takhta (Camerarius) | Kevin Joseph Farrell |
| Protopaderi | Michael Michai Kitbunchu |
| Protodiakon | Dominique Mamberti |
| Setiausaha | Ilson de Jesus Montanari |
| Pemilihan | |
| Bilangan pemilih | 133 |
| Calon-calon | Rujuk Papabili |
| Pusingan undian | 4 |
| Paus terpilih | |
| Robert Francis Prevost Nama diambil: Leo XIV | |
Sebuah konklaf telah diadakan Kolej para Kardinal Gereja Katolik pada tanggal 7 Mei 2025 hingga 8 Mei keesokan harinya di Kota Vatikan untuk memilih Paus baharu yang bakal memimpin Gereja tersebut menggantikan Paus Franciscus yang telah meninggal dunia pada 21 April 2025. Daripada jumlah seramai 135 orang kardinal pengundi yang layak, hanya dua orang tidak dapat hadir.
Pada petang hari 8 Mei selepas pusingan pengundian yang keempat, kepulan asap putih keluar dari serombong diiringi paluan genta di Basilika Santo Petrus mengisyaratkan bahawa jemaah kardinal konklaf tersebut telah memilih pengganti bernama Robert Francis Prevost, seorang kelahiran Amerika Syarikat yang merupakan Ketua Dikasteri Uskup-Uskup Kuria Rom dan Presiden Suruhanjaya Kepausan Amerika Latin; beliau telah mengambil gelaran Leo XIV.