Konklaf
Konklaf (istilah Latin: conclave) ialah mesyuarat diadakan badan jemaah para Kardinal untuk memilih uskup yang mentadbir seluruh kota Rom yang juga dikenali sebagai Paus. Para penganut aliran Gereja Katolik menganggap kedudukan Paus mengambil alih peranan dibawa hawari Petrus malah juga selaku ketua duniawi gereja.
Kebimbangan mengenai campur tangan politik membawa kepada pembaharuan selepas perahlian tahun 1268-1271 dan warta Ubi periculum dikeluarkan Paus Gregorius X semasa Majlis Kedua Lyons pada 1274 yang menyatakan bahawa para kardinal yang hendak mengundi harus dikunci dalam suatu tempat pengasingan (istilah Latin: cum clave "berkunci") dan tidak dibenarkan keluar sehingga Uskup baru Rom telah dipilih. Konklaf kini diadakan di Gereja Kecil Sistine di Istana Apostolik.
Sejak Zaman Apostolik, Uskup Rom, seperti uskup lain, telah dipilih sebulat suara para paderi dan rakyat jelata keuskupan. Badan pemilih adalah lebih tepat ditentukan, pada tahun 1059, Kolej Kardinal telah ditetapkan sebagai satu-satunya badan pemilih. Sejak itu, butiran lain proses telah dibangunkan. Pada tahun 1970, Paus Paulus VI mengehadkan pemilih untuk kardinal di bawah 80 tahun dalam dokumen Ingravescentem aetatem. Prosedur terkini telah ditubuhkan oleh Paus Ioannes Paulus II dalam perlembagaan apostoliknya Universi Dominici gregis sebagaimana yang dipinda oleh Paus Benedictus XVI pada 2007 dan 2013. Undian majoriti layak sebanyak dua pertiga diperlukan untuk memilih paus baru.