Paus Leo XIV
| Tuan Yang Terutama Sri Paus Leo XIV | |
|---|---|
| Uskup Rom | |
Leo XIV pada 2025 | |
| Gereja | Gereja Katolik |
| Kepausan bermula | 8 Mei 2025 |
| Pendahulu | Franciscus |
| Jawatan terdahulu |
|
| Tahbisan | |
| Pentahbisan imamat | 19 Jun 1982 oleh Jean Jadot |
| Pentahbisan episkopal | 12 Disember 2014 oleh James Green |
| Dilantik sebagai kardinal | 30 September 2023 oleh Franciscus |
| Pangkat | Kardinal diakon (2023–2025) Kardinal uskup (2025) |
| Butiran peribadi | |
| Nama lahir | Robert Francis Prevost |
| Kelahiran | 14 September 1955 Chicago, Illinois, A.S. |
| Kewarganegaraan | Amerika Syarikat Peru (sejak 2015) Kota Vatikan (sejak 2025) |
| Tempat tinggal | Istana Apostolik |
| Profesion |
|
| Alma mater | Universiti Villanova Catholic Theological Union Universiti Kepausan Santo Tomas (Angelicum) |
| Moto | In illo Uno unum (Dalam Dia yang satu, kita satu) |
| Tandatangan | |
| Lambang kebesaran | |
Paus Leo XIV (nama asal: Robert Francis Prevost; lahir 14 September 1955) ialah ketua Gereja Katolik dan ketua negara Kota Vatikan. Beliau telah dipilih dalam satu konklaf kepausan pada tahun 2025 sebagai pengganti Paus Franciscus.
Dilahirkan di Chicago dan dibesarkan di sebuah pinggir bandar, Prevost menyertai satu komuniti biarawan Ordo Santo Agustinus pada tahun 1977 dan ditahbiskan sebagai paderi pada tahun 1982. Beliau terlibat secara aktif dalam beberapa siri kerja misi di Peru pada 1980-an dan 1990-an. Beliau berkhidmat sebagai paderi paroki, pensyarah keuskupan dan pegawai seminari. Sebagai Ketua Umum Ordo Santo Agustinus dari tahun 2001 hingga 2013, beliau berkhidmat di seluruh dunia. Setelah kembali ke Peru, beliau dilantik sebagai Uskup Chiclayo (2015–2023), dan kemudiannya menyandang beberapa jawatan tinggi di Vatikan, termasuk sebagai Prefek Dikasteri untuk Para Uskup serta Presiden Suruhanjaya Kepausan untuk Amerika Latin. Beliau dilantik menjadi kardinal pada tahun 2023.
Sebagai kardinal, beliau menekankan prinsip sinodaliti, dialog misi serta keterlibatan aktif dalam isu-isu sosial dan teknologi. Beliau turut memberi perhatian kepada isu perubahan iklim, migrasi global, tadbir urus gereja dan hak asasi manusia, sejajar dengan semangat pembaharuan Konsili Vatikan Kedua.
Leo XIV merupakan paus pertama yang lahir di Amerika Utara, paus pertama yang memiliki kewarganegaraan Peru, paus kedua dari benua Amerika (selepas Paus Franciscus), dan paus pertama daripada Ordo Santo Agustinus. Nama kepausannya diambil sempena Paus Leo XIII yang terkenal dengan sumbangan kepada ajaran sosial Katolik semasa Revolusi Industri Kedua. Leo XIV percaya bahawa Revolusi Industri Keempat, khususnya dalam bidang kecerdasan buatan dan robotik, membawa cabaran-cabaran baharu dalam mempertahankan maruah manusia, keadilan sosial dan hak pekerja.