Mohamad Khir Toyo
Mohamad Khir Toyo MBBS | |
|---|---|
| Dalam jawatan 18 Ogos 2000 – 14 Februari 2008 | |
| Raja | Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah (2000-2001) Sultan Sharafuddin Idris Shah (2001-2008) |
| Didahului oleh | Abu Hassan Omar |
| Digantikan oleh | Abdul Khalid Ibrahim |
| Ahli Dewan Negeri Selangor untuk Sungai Panjang | |
| Dalam jawatan 1999–2013 | |
| Didahului oleh | Mohd Pauzi Abdul Murad |
| Digantikan oleh | Budiman Mohd Zohdi |
| Maklumat peribadi | |
| Lahir | 6 Ogos 1965 Tanjung Karang, Selangor |
| Parti politik | Barisan Nasional UMNO Templat:PN dan BERSATU |
| Pasangan | Christine Zanitrah Abdullah Zahrah Kechik |
| Anak | 1 lelaki (dari Christine) dan 6 anak (dari Zahrah Kechik) |
| Pekerjaan | Ahli politik |
| Bidang pengkhususan | Doktor |
Dr. Mohamad Khir bin Toyo (lahir 6 Ogos 1965) merupakan bekas Menteri Besar Selangor (ke-13) menggantikan Tan Sri Abu Hassan Omar. Pada Pilihan raya umum Malaysia 2008, pimpinan beliau tewas di tangan Pakatan Rakyat dan sejak daripada itu beliau menjadi Ketua Pembangkang di Selangor. Pada 15 Julai 2009, oleh kerana keengganannya menghadiri pendengaran awam Jawatankuasa Pilihan Khas Mengenai Keupayaan, Kebertanggungjawaban dan Ketelusan (Selcat) dan mengkritik jawatankuasa itu, beliau bersama 4 ADUN BN yang lain digantung serta-merta selama setahun manakala ADUN lainnya selama 6 bulan.