Mansur Shah dari Melaka

Mansur Syah
Paduka Seri Tuanku Al-Sultan Dan Yang di-Pertuan Besar Negeri Melaka Darul Islamial Ke VI
Kesultanan Melayu Melaka ke-6
Pemerintahan1459Oktober 1477
Didahului olehMuzaffar Syah
Diikuti olehAlauddin Riayat Shah
KeputeraanRaja Abdullah Ibni Raja Kassim
Isteri
  • Puteri Onang Sari Lela Wangsa (Nama Selepas Di Islamkan) - anakanda Maharaja Dewa Sura
  • Raden Galoh Cendera Kirana
  • Puteri Hang Li Poh
Nama diraja
Paduka Seri Sultan Hajji Mansur Riayat Syah I Ibni Almarhum Sultan Hajji Muzaffar Riayat Syah I
Nama selepas mangkat
Marhum Bukit II
KerabatKerabat Diraja Melaka
AyahandaSultan Muzaffar Riayat Shah I
AgamaIslam Sunni

Sultan Mansur Shah ibni Almarhum Sultan Muzaffar Shah (Jawi: سلطان منصور شاه ابن المرحوم سلطان مظفر شاه) memerintah 1459Oktober 1477) ialah gelaran kepada Raja Abdullah ialah sultan Melaka yang keenam.

Baginda menaiki takhta Kesultanan Melayu Melaka selepas kemangkatan ayahandanya Sultan Muzaffar Shah. Menurut Tome Pires yang menulis Suma Oriental: Mamsursa (Mansur Shah) mula memerintah dengan bijaksana di atas kerajaannya, bermesyuarat dengan orang tua untuk pemerintahan yang baik dalam perkara yang keadilan serta keselamatan negeri; baginda menyatukan rakyatnya.

Dalam pemerintahannya, baginda menjalankan dasar peluasan wilayah. Banyak negeri di bawah taklukan Melaka seperti Selangor, Bernam, Manjung, Rupat, Singapura, Bentan/Bintan dan pulau sekitarnya.

Dalam strategi pertahanan pula, baginda mengarahkan Bendahara Tun Perak menyerang Pahang sebagai benteng di pantai timur.

Kampar dan Siak juga ditawan tetapi mereka gagal menawan Pasai dan Aru, Dikatakan negeri ini mempunyai hulubalang yang tiada tandingannya. Sebaliknya, Inderagiri dan Siantan diserahkan oleh Majapahit setelah Mansur Shah berkahwin dengan puteri Batara Majapahit itu.