Tun Perpatih Putih

Tun Perpatih Putih
Datuk Bendahara Melaka Ke 06
Pemerintahan1498 - 1499
Kemahkotaan0
Didahului olehTun Perak
Diikuti olehTun Mutahir
Datuk Temenggung Melaka Ke 05
Pemerintahan1488 - 1498
Kemahkotaan0
Didahului oleh0
Diikuti oleh0

Tun Perpatih Putih bin Tun Perpatih Sedang (Jawi: تون ڤرڤتيه ڤوتيه بن تون ڤرڤتيه سدڠ) ialah adik Tun Perak serta bendahara Melaka kepada Sultan Mahmud Shah (1488 - 1511).

Apabila Sultan Mansur Shah (1456 - 1477) hendak menjalin hubungan diplomatik dengan China, baginda menghantar Tun Perpatih Putih sebagai utusannya, dengan sepucuk surat untuk Maharaja Jingtai. Tun Perpatih berjaya menarik hati Maharaja China dengan kemasyhuran dan ketersergaman Kesultanan Melaka sehingga Maharaja tersebut menghadiahi puterinya, Hang Li Po, untuk dijadikan isteri Sultan. Selepas Bendahara Paduka Tun Perak meninggal dunia pada tahun 1498, Sultan Mahmud Shah melantik Tun Perpatih Putih sebagai bendahara Melaka yang baru dan kemudiannya dikenali sebagai Bendahara Putih. Apabila Bendahara Tun Perpatih Putih meninggal dunia, Sultan Mahmud melantik Tun Mutahir Temenggung Seri Maharaja, anak Tun Ali, sebagai bendahara Melaka.