Empayar Habsyah

Empayar Habsyah
የኢትዮጵያ ንጉሠ ነገሥት መንግሥተ (Amhara)
(Mängəstä Ityop'p'ya)
Bendera Coat of arms
Cogan kataItyopia tabetsih edewiha habe Igziabiher
ኢትዮጵያ ታበፅዕ እደዊሃ ሃበ እግዚአብሐር
"Habsyah menghulurkan tangannya kepada Tuhan"
Lagu kebangsaanItyopp'ya Hoy dess yibelish
ኢትዮጵያ ሆይ ደስ ይበልሽ
"Berbahagialah wahai Habsyah"
Ibu negaraUnspecified (1270–1635)
Gondar (1635–1855)
Magdala (1855–1868)
Mekele (1871–1885)
Addis Ababa (1886–1974)
Agama
Gereja Ortodoks Habsyi
KerajaanRaja mutlak
Badan perundanganParlimen Empayar Habsyah
Mata wang
  • Ketulan garam
  • Thaler Maria Theresa (18th–19th c.)
  • Birr Habsyi (from 1894)

Empayar Habsyah (Amhara: የኢትዮጵያ ንጉሠ ነገሥት መንግሥተ, Mängəstä Ityop'p'ya), juga dikenal sebagai Abyssinia (berasal dari bahasa arab al-Habash), adalah sebuah kerajaan yang merangkumi kawasan negara Habsyah kini. Ia bermula dengan wujudnya dinasti Sulaymani dari kira-kira tahun 1270 Masihi dan berlangsung hingga tahun 1974, saat dinasti ini digulingkan dalam suatu kudeta oleh pihak Derg.

Pada tahun 1974, negara ini merupakan hanya salah satu daripada tiga buah negara yang mempunyai Maharaja sebagai ketua negara bersama-sama dengan Jepun, yang masih mempunyai maharaja sebagai pemerintah nominal, dan Iran di bawah Wangsa Pahlavi. Ia adalah negara kedua terakhir di Afrika yang mempunyai Maharaja selain Empayar Afrika Tengah yang diketuai Maharaja Bokassa I antara 1976 dan 1979