Bendera Itali (Itali: Bandiera d'Italia) atau juga diberi jolokan il Tricolore ([tri.ko.lo.re], "[panji] tiga warna") terdiri daripada tiga jalur menegak berwarna hijau, putih dan merah. Rekaan terkini bendera ini mula ditetapkan sejak 18 Jun 1946 sebelum dirasmikan pada 1 Januari 1948.