Kapal tempur Jepun Yamashiro
Yamashiro sedang berlabuh semasa Pemeriksaan Armada Tentera Laut Imperial, Disember 1934
| |
| Sejarah | |
|---|---|
| Jepun | |
| Nama: | Yamashiro |
| Bersempena dengan: | Yamashiro Province |
| Pembina: | Limbungan Tentera Laut Yokosuka |
| Dibaringkan: | 20 November 1913 |
| Dilancarkan: | 3 November 1915 |
| Ditauliah: | 31 Mac 1917 |
| Struck: | 31 Ogos 1945 |
| Takdir: | Tenggelam semasa pertempuran Selat Surigao, 25 Oktober 1944 |
| Ciri-ciri umum (as built) | |
| Kelas dan jenis: | kapal tempur kelas-Fusō |
| Sesaran: |
|
| Panjang: |
|
| Lunas: | 28.7 meter (94 ka 2 in) |
| Draft: | 8.7 meter (28 ka 7 in) |
| Installed power: | |
| Jana kuasa: | 4 × shafts; 2 × steam turbine sets |
| Halaju: | 22.5 knot (41.7 km/j; 25.9 mph) |
| Jarak: | 8,000 nmi (15,000 km; 9,200 bt) at 14 knot (26 km/j; 16 mph) |
| Anak kapal: | 1,193 |
| Persenjataan: |
|
| Perisai: |
|
| Ciri-ciri umum (1944) | |
| Sesaran: | 34,700 long ton (35,300 t) |
| Panjang: | 212.75 m (698 ka) (o.a.) |
| Lunas: | 33.1 m (108 ka 7 in) |
| Draft: | 9.69 meter (31 ka 9 in) |
| Installed power: |
|
| Jana kuasa: | 4 × steam turbines |
| Halaju: | 24.5 knot (45.4 km/j; 28.2 mph) |
| Jarak: | 11,800 nmi (21,900 km; 13,600 bt) at 16 knot (30 km/j; 18 mph) |
| Anak kapal: | approximately 1,900 |
| Sistem penderia dan pemprosesan: |
|
| Persenjataan: |
|
| Perisai: | Deck: 51–152 mm (2–6 in) |
| Pesawat yang dibawa: | 3 × floatplanes |
| Kemudahan penerbangan: | 1 × catapult |
Yamashiro (Jepun: 山城, "Istana gunung", dinamakan sempena Yamashiro Province purba) adalah kapal kedua dari dua kapal tempur dreadnought kelas-Fusō dibina untuk Tentera Laut Imperial Jepun. Dilancarkan pada 1915 dan ditauliahkan pada 1917, pada awalnya ia memantau perairan China, tidak mengambil bahagian dalam Perang Dunia Pertama. Pada 1923, ia membantu mangsa-mangsa yang terselamat daripada gempa bumi besa Kantō.
Yamashiro telah dimodenkan antara tahun 1930 dan 1935, dengan penambahbaikan pada perisai dan jenteranya serta pembinaan semula superstruktur dengan gaya pagoda mast. Walaubagaimanapun, dengan hanya 14 inci meriam, Ia agak ketinggalan zaman berbanding kapal tempur Jepun yang lain semasa awal Perang Dunia Kedua, dan memainkan peranan sebagai sokongan sepanjang sebahagian besar tempoh perang.
Pada 1944, Yamashiro terpaksa kembali ke barisan hadapan, ia berkhidmat sebagai kapal bendera Pasukan Selatan Laksamana Madya Shōji Nishimura dalam Pertempuran Selat Surigao, pertempuran paling selatan semasa Pertempuran Teluk Leyte. Semasa pertempuran malam yang sengit pada awal pagi 25 Oktober menentang pasukan Amerika dan Australia yang lebih kuat, Yamashiro ditenggelamkan oleh torpedo dan bedilan meriam laut. Nishimura tenggelam bersama kapalnya, dan hanya 10 anak sahaja yang terselamat.