Kamarudin Md Nor
Kamarudin Md Nor | |
|---|---|
| قمر الدين مد نور | |
| Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Kelantan (Pelancongan, Kebudayaan, Kesenian & Warisan) | |
| Menyandang jawatan 15 Ogos 2023 | |
| Raja | Sultan Muhammad V |
| Menteri Besar | Mohd Nassuruddin Daud |
| Timbalan | Zameri Mat Nawang |
| Didahului oleh | Md Anizam Ab Rahman |
| Kawasan pilihan raya | Ayer Lanas |
| Ketua Penerangan Parti Pribumi Bersatu Malaysia Pertama | |
| Dalam jawatan 7 September 2016 – 27 September 2018 | |
| Presiden | Muhyiddin Yassin |
| Pengerusi | Mahathir Mohamad |
| Didahului oleh | Jawatan ditubuhkan |
| Digantikan oleh | Radzi Jidin |
| Ahli Dewan Undangan Negeri Kelantan bagi Ayer Lanas | |
| Menyandang jawatan 12 Ogos 2023 | |
| Didahului oleh | Mustapa Mohamed |
| Majoriti | 5,009 (2023) |
| Ahli Dewan Undangan Negeri Kelantan bagi Semerak | |
| Dalam jawatan 21 Mac 2004 – 8 Mac 2008 | |
| Didahului oleh | Hussin Awang |
| Digantikan oleh | Wan Hassan Wan Ibrahim |
| Majoriti | 699 (2004) |
| Dalam jawatan 1997 – 29 November 1999 | |
| Didahului oleh | Sulaiman Ahmad |
| Digantikan oleh | Hussin Awang |
| Majoriti | (1997) |
| Maklumat peribadi | |
| Lahir | Kamarudin bin Md Nor 14 April 1947 Kuala Besut, Terengganu |
| Parti politik | Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO) (–2016) Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) (sejak 2016) |
| Gabungan politik lain | Barisan Nasional (–2016) Pakatan Harapan (2017–2020) Perikatan Nasional (sejak 2020) |
| Kediaman |
|
| Pekerjaan | Ahli politik |
Kamarudin bin Md Nor (lahir 14 April 1947) merupakan ahli politik Malaysia yang pernah berkhidmat sebagai Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Kelantan (EXCO) dalam pentadbiran negeri Perikatan Nasional (PN) di bawah Menteri Besar, Mohd Nassuruddin Daud dan sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri Kelantan (ADUN) bagi Ayer Lanas sejak Ogos 2023. Beliau adalah ahli dan Pengerusi Negeri Kelantan daripada Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU), parti komponen PN dan bekas gabungan Pakatan Harapan (PH). Sebelum ini, beliau adalah ahli Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO), parti komponen gabungan Barisan Nasional (BN). Beliau berkhidmat sebagai ADUN untuk Semerak dari 1997 hingga November 1999 dan sekali lagi dari Mac 2004 hingga Mac 2008. Beliau juga merupakan Ketua Penerangan pertama dan pengasas BERSATU dari September 2016 hingga September 2018.
Kamarudin Md Nor meninggalkan UMNO pada 2016 dan menyertai BERSATU pada tahun yang sama. Pada pilihan raya umum Malaysia 2018, beliau bertanding di kerusi Parlimen Pasir Puteh tetapi tewas kepada calon PAS. Beliau kemudiannya memenangi kerusi DUN Ayer Lanas semasa pilihan raya negeri Kelantan 2023 atas tiket PAS.