Pilihan raya negeri Kelantan 2004
| ||||||||||||||||||||||||||||||||||
Kesemua 45 kerusi Dewan Undangan Negeri Kelantan 23 kerusi diperlukan untuk majoriti | ||||||||||||||||||||||||||||||||||
|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
| ||||||||||||||||||||||||||||||||||
| ||||||||||||||||||||||||||||||||||
Pilihan raya negeri Kelantan ke-11 telah diadakan pada 21 Mac 2004. Pengundian telah berlangsung di 45 kawasan Dewan Undangan Negeri di seluruh negeri Kelantan, Malaysia, dengan setiap satunya memilih seorang Ahli Dewan Undangan Negeri untuk Dewan Undangan Negeri Kelantan. Pilihan raya ini telah dijalankan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia. Pilihan raya negeri ini diadakan serentak dengan Pilihan raya umum Malaysia 2004.
Parti Islam Se-Malaysia (PAS), memenangi pilihan raya dengan majoriti tipis, atau 24 kerusi untuk meneruskan pemerintahan negeri Kelantan, tetapi sekutunya, Parti Keadilan Nasional (Keadilan), tewas semua kerusi yang ditandinginya. Parti pembangkang utama negeri, Barisan Nasional, hampir merampas pemerintahan negeri dengan memenangi 21 kerusi.