Jamrah

Jamrah atau Melontar Jamrah atau Melontar/Merejam Iblis (Arab: رمي الجمرات ramī aj-jamarāt, lit. "melontar jamarāt [tempat batu-batu kecil]") adalah sebahagian daripada ibadah Haji tahunan umat Islam di kota suci Makkah di Arab Saudi. Jemaah haji melemparkan batu-batu kecil di tiga dinding (dahulu tiang), yang dipanggil jamarāt, di kota Mina di timur Mekah. Ia adalah salah satu daripada siri perkara wajib dilakukan dalam ibadah haji.

Pada Hari Raya Aidiladha (hari ke-10 bulan Zulhijjah), jemaah haji mesti melontar satu daripada jamrah besar (jamratul kubro) dengan tujuh biji batu. Selepas melontar itu selesai pada hari raya, setiap jemaah haji boleh melakukan tahallul awal memotong atau mencukur rambut mereka. Pada setiap dua hari berikutnya, mereka perlu melontar setiap tiga jamrah dengan tujuh biji batu setiap satunya, dari arah timur ke barat. Oleh itu sekurang-kurangnya 49 batu-batu kecil yang diperlukan untuk ibadah ini, lebih jika beberapa lontaran terlepas. Beberapa jemaah menginap di Mina untuk satu hari lagi, di mana mereka mesti melontar lagi setiap dinding tujuh kali jika belum dilengkapkan pada dua hari sebelumnya. Batu-batu kecil yang digunakan dalam melontar secara tradisinya dikumpulkan di Muzdalifah, sebuah dataran tenggara Mina, pada malam sebelum melontar pertama, tetapi juga boleh diambil di Mina.