Diskografi Jamal Abdillah
| Diskografi Jamal Abdillah | |
|---|---|
Jamal Abdillah sewaktu mengadakan persembahan di Juara Lagu ke-23. | |
| Album studio | 17 |
| Album secara langsung | 3 |
| Album kompilasi | 14 |
| Single | 74 |
| Album runut bunyi | 2 |
Diskografi Jamal Abdillah ialah senarai lengkap album-album terbitan studio rakaman Malaysia dan Indonesia untuk penyanyi pop terkenal Jamal Abdillah. Album-album beliau meliputi pelbagai genre termasuk pop, pop melayu, irama asli dan pop etnik. Jamal adalah antara artis terlaris jualan album dengan jualan keseluruhan mencecah ratusan ribu unit sejak era 80-an.
Jamal juga ialah salah seorang penyanyi Malaysia yang berjaya melahirkan album solo baharu setiap empat dekad yang berlainan selain M Nasir, Anita Sarawak, Sharifah Aini, Khatijah Ibrahim, Ramlah Ram dan Noraniza Idris.