Persembahan Vokal Lelaki Terbaik (AIM)

Persembahan Vokal Lelaki Terbaik adalah salah satu kategori penting diberikan menerusi Anugerah Industri Muzik di mana berbentuk trofi mikrofon yang diberikan kepada penyanyi rakaman lelaki yang menerbitkan lagu dan album di dalam radar industri rakaman muzik Malaysia. Ia diberikan secara konsisten sejak mula diperkenal dan dianjurkan oleh Recording Industry Malaysia (RIM) dan Persatuan Industri Muzik Malaysia (PAIMM). Anugerah ini setara dengan anugerah Persembahan Vokal Wanita Terbaik yang diberikan kepada penyanyi wanita dan anugerah Persembahan Vokal Duo/Berkumpulan Terbaik yang diberikan kepada sekumpulan penyanyi lelaki atau wanita yang merakamkan album/lagu secara bersama . .