Islam di Filipina


Islam di Filipina ialah agama kedua terbesar di negara tersebut, dan kepercayaan ini adalah agama bertuhan tunggal pertama yang bertapak di Filipina. Secara sejarahnya, Islam tiba di kepulauan Filipina pada abad ke-14, melalui hubungan dengan para pedagang Melayu dan Arab Muslim sepanjang jaringan perdagangan Asia Tenggara, di tambah dengan pendakwah Yaman dari kabilah Alawi Yaman dari Teluk Parsi, selatan India,dan pengikut mereja dari beberapa kesultanan di Kepulauan Melayu yang lebih meluas. Dakwah pertama disusuli sejak lewat abad ke-14 dan awal abad ke-15. Mereka membantu pembentukan kesultanan dan perluasan wilayah di tanah besar Mindanao dan Sulu. Sesiapa yang memeluk Islam kemudiannya dikenali dengan Moro, dengan perluasan kuasa Muslim telah mencecah sejauh Tondo yang kemudiannya digenatikan dengan Maynila, negeri lindungan Empayar Brunei.

Kesultanan Muslim telah sedia berkembang di tengah Filipina semasa abad ke-16, semasa pasukan Sepanyol diketuai Ferdinand Magellan tiba. Orang Sepanyol merujuk orang Muslim Filipina sebagai "Moros," sempena nama orang "Moor" Muslim yang mereka anggap sebagai gelaran penghinaan yang berada di Iberia dan Maghreb. Rentetan penaklukan kuasa Sepanyol membawa kepada Kristian Katolik menjadi agama paling besar di kebanyakan tempat di Filipina sekarang, dan Islam menjadi agama kecil yang ketara.

Pada abad ke-21, terdapat beberapa ketidaksetujuan mengenai saiz populasi orang Muslim di Filipina. Bancian 2020 yang dikelola Pihak Berkuasa Perangkaan Filipina menemukan bahawa 6.4% (6,981,710) orang Filipina ialah Muslim, lebih dari 6.0% (6,064,744) pada 2015. Bagaimanapun, ia dilaporkan pada 2004 bahawa kumpulan Muslim manyatakan bilangan sebenar adalah antara lapan dan dua belas peratus. Baru-baru ini, Suruhanjaya Negara bagi Muslim Filipina (NCMF) menggangarkan Muslim merangkumi 11% daripada populasi keseluruhan, mengaitkan perbezaan kepada beberapa faktor.

Kebanyakan Muslim tinggal di bahagian-bahagian Mindanao, Palawan, dan Kepulauan Sulu – sebuah kawasan dikenali sebagai Bangsamoro atau kawasan Moro. Kawasan Bangsamoro didominasi oleh Muslim, dengan 91% daripada 4.9 juta penghuninya adalah pengikut Islam. Beberapa mereka telah berhijrah ke kawasan bandar dan desa di bahagian lain dalam negara. Kebanyakan Muslim Filipina mengamalkan Sunni mengikut mazhab Syafii dengan pengikut Hanbali (Asari) adalah minoriti.