Agama di Filipina

Agama di Filipina ditandai dengan majoriti orang menganut kepercayaan Kristian. Sekitar 92% penduduknya beragama Kristian, manala 81% menganut Gereja Roman Katolik sementara sekitar 11% menganuti mazhab Kristian Protestan, seperti Gereja Adventis Hari Ketujuh, Gereja Jesus di Filipina dan Evangelikal. Secara rasminya, Filipina ialah sebuah negara sekular dengan Perlembagaan membenarkan pemisahan gereja dan negara, dan meminta pemerintah untuk menganggap seluruh agama setara.

Menurut tinjauan agama kebangsaan, sekitar 5.6% penduduk Filipina ialah Muslim, menjadikan Islam agama terbesar kedua di negara itu. Namun, Sueuhanjaya Muslim Filipina Kebangsaan mempersengketakannya dan menuntut pengikutnya berjumlah sekitar 11% dari jumlah penduduk. Kebanyakan Muslim tinggal di bahagian Mindanao, Palawan, dan Kepulauan Sulu – sebuah wilayah yang dikenali sebagai wilayah Bangsamoro atau Moro. Beberapa orang berhijrah ke kawasan perbandaran atau desa di bahagian-bahagian yang berbeza dari negara tersebut. Kebanyakan Muslim Filipina mempraktikan Islam Sunni menurut aliran Shafi'i. Terdapat beberapa Muslim Ahmadiyyah di negara tersebut.

Agama-agama tradisional Filipina masih dipraktikan oleh sekitar 2% penduduk, yang termasuk beberapa kumpulan etnik dan penduduk asli. Agama-agama itu sering kali disinkretiskan dengan Kristian dan Islam. Animisme, agama rakyat, dan shamanisme masih hadir sebagai agama aliran utama, melalui albularyo, babaylan, dan manghihilot. Agama Buddha dipraktikan oleh 2% penduduk oleh komuniti orang Jepun, komuniti Jepun Filipina, dan bersama dengan Taoisme dan agama rakyat China juga menjadi dominan dalam komunitas Tionghoa. Terdapat sejumlah kecil pengikut agama Hindu, dan Judaisme dan Baha'i. Lebih dari 10% penduduk tidak beragama.