Islam di Singapura
| Sebahagian daripada siri berkaitan Dunia Islam |
| Islam mengikut negara |
|---|
| Pengaruh Islam di negara-negara dunia |
|
Islam merupakan agama yang minoriti di Singapura, dengan hampir 16% sahaja penduduknya mengamalkan ajaran Islam, menurut Banci Republik Singapura 2020 yang terkini. Kebanyakan rakyat Singapura yang beragama Islam ini secara tradisinya terdiri dari masyarakat Melayu. Masyarakat Melayu/Islam tempatan tidak lagi berkelompok di sesuatu lokasi. Sebaliknya mereka diselerakkan di seluruh Singapura.