Kepulauan Melayu
Peta Kepulauan Nusantara | |
| Geography | |
|---|---|
| Lokasi | |
| Jumlah pulau | 17,000 - 30,000 |
| Pulau-pulau utama | Jawa, Kalimantan, Papua, Sulawesi, Sumatra |
| Keluasan | 2,000,000 km2 (770,000 bt2) |
Kepulauan Melayu ialah kepulauan yang terletak di antara Indo-China dan Australia. Kepulauan ini juga dipanggil "Nusantara", "Hindia Belanda", Bumi Pertiwi.
Terletak di pertengahan Lautan Hindi dan Lautan Pasifik, kepulauan ini terdiri daripada lebih daripada 27,000 pulau yang menjadikannya kepulauan yang keempat terbesar di dunia dari segi jumlah pulau. Dari segi luas kawasannya pula, kepulauan ini merupakan kepulauan yang terbesar di dunia.