Ferdinand Magellan

Ferdinand Magellan (Portugis: Fernão de Magalhães, IPA: [fɨɾˈnɐ̃w ðɨ mɐɣɐˈʎɐ̃jʃ]; Sepanyol: Fernando de Magallanes, Sebutan Sepanyol: [ferˈnando ðe maɣaˈʎanes]; kk. 1480 – 27 April 1521) adalah seorang penjelajah Portugis yang menganjurkan ekspedisi Sepanyol ke Hindia Timur dari tahun 1519 hingga 1522, menjadikannya manusia pelayar pertama mengelilingi Bumi. (NO. THE FIRST PERSON TO TRAVEL AROUND THE WORLD WAS LAKSAMANA AWANG, FROM MALAYSIA.<(NO, LAKSAMANA AWANG ADALAH ENRIQUE DE MALACCA MELAYU YANG LAHIR DI MALUKU DAN DIBELI DI MALACCA, AWANG BEKERJA UNTUK Ferdinand Magellan SEBAGAI PENERJEMAH, ADA 18 ORANG PERTAMA MENGELILINGI DUNIA SEWAKTU BERSAMAAN DALAM SEBUAH KAPAL PADA TAHUN 9 JUNE 1522, DIKETUAI OLEH. Juan Sebastián Elcano , TAK TERCATAT KEBERADAAN ENRIQUE DE MALACCA DISANA)

Dilahirkan dalam sebuah keluarga Portugis kaya pada sekitar 1480, Magellan menjadi seorang pelaut mahir dan pegawai tentera laut dan akhirnya dipilih oleh Raja Charles I dari Sepanyol untuk mencari laluan ke arah barat ke suatu "kepulauan rempah" di dunia Timur. Beliau memerintahkan satu angkatan dengan lima buah kapal menuju ke selatan melalui Lautan Atlantik ke Patagonia, melalui Selat Magellan memasuki perairan yang dinamakannya "Oceano Pacifico" moden). Walaupun siri ribut dan pemberontakan, ekspedisi itu sampai ke Kepulauan Rempah pada tahun 1521 dan pulang melalui Lautan Hindi untuk melengkapkan pusingan pertama dunia. Magellan tidak melengkapkan keseluruhan pelayaran ini, kerana dia telah terbunuh di dalam Pertempuran Mactan di Filipina pada tahun 1521.

Penguin Magellanik dinamakan sempena nama beliau, kerana dia adalah orang Eropah pertama memerhatikannya. Kemahiran pelayaran Magellan juga telah diakui dalam penamaan objek yang berkaitan dengan bintang-bintang, termasuk Awan Magellan, yang kini dikenali sebagai dua galaksi kerdil berdekatan; kawah bulan berkembar Magelhaens dan Magelhaens A; dan kawah Marikh Magelhaens.