Ibadi

Ibadi atau Ibāḍiyya (Arab: الاباضية; al-Ibāḍiyyah) adalah golongan Muslim yang bersumber pada al-Quran dan hadis dengan fokus utama menjadi hamba Allah dengan sederhana. Golongan ini tersebar di kalangan golongan umat Islam baik Ahlus Sunnah mahupun Syi'ah dengan berbagai-bagai mahzabnya. Golongan ini merupakan mazhab yang majoriti di Oman. Keyakinan kaum Ibadi adalah bahawa setiap Muslim bersaudara dan hanya Allah yang akan menjadi hakim bagi umat manusia.

Kaum Ibadi mementingkan ukhuwah Islamiyyah daripada bermusuh-musuhan hanya kerana berbeza mahzab atau keyakinan. Cukuplah keyakinan mereka mengharapkan disebut hamba-hamba Allah yang dipanggil untuk masuk ke dalam syurga-Nya.