Hyksos
(πΎππ αΈ₯qκ£-αΈ«κ£swt, Heqa-kasut untuk "Hyksos"), memimpin sekumpulan Aamu atau orang Asia barat.
Makam Khnumhotep II (sekitar 1900 SM).
Ini antara penggunaan terawal istilah "Hyksos".
| Zaman dan dinasti Mesir purba |
|---|
|
Semua tahun dalam SM |
|
Lihat juga: Senarai Firaun mengikut zaman dan dinasti Penzamanan Mesir purba |
Hyksos (AFA: /hiksos/; Mesir αΈ₯qκ£(w)-αΈ«κ£swt, sebutan Egiptologi: heqau khasut, "pemerintah tanah asing"), dalam Egiptologi moden, merupakan raja-raja Dinasti Kelima Belas Mesir (memuncak s. 1650β1550 SM). Pusat kuasa mereka ialah bandar Avaris di Delta Nil, dari mana mereka memerintah Mesir Hilir dan Mesir Tengah hingga Cusae.
Dalam Aegyptiaca, sejarah Mesir yang ditulis oleh pendeta dan sejarawan Yunani-Mesir bernama Manetho pada abad ke-3 SM, istilah Hyksos digunakan sebagai nama etnik untuk merujuk orang yang mungkin berasal dari Levant, orang Semitik Barat. Walaupun Manetho memerikan orang Hyksos penjajah dan penindas, tafsiran ini dipertikaikan dalam Egiptologi moden. Sebaliknya, pemerintahan Hyksos mungkin didahului oleh kumpulan orang Kanaan yang secara beransur-ansur menetap di Delta Nil dari akhir Dinasti Kedua Belas, dan yang mungkin memisahkan diri daripada kawalan Mesir yang tidak stabil pada suatu ketika semasa Dinasti Ketiga Belas.
Zaman Hyksos menandakan kali pertama pemerintah asing memerintah Mesir. Banyak butiran pemerintahan mereka, seperti keluasan sebenar kerajaan mereka dan juga nama serta turutan raja-raja mereka, masih tidak pasti. Orang Hyksos mengamalkan banyak adat dari Levant atau Kanaan bersama-sama dengan adat Mesir. Mereka dipercayai telah memperkenalkan beberapa inovasi teknologi ke Mesir, seperti kuda dan kereta kuda, serta khopesh (pedang sabit) dan busur komposit, iaitu satu teori yang dipertikaikan.
Orang Hyksos tidak menguasai seluruh Mesir. Mereka wujud di samping Dinasti Keenam Belas dan Dinasti Ketujuh Belas, yang berpusat di Thebes. Peperangan antara Hyksos dan firaun-firaun Dinasti Ketujuh Belas akhirnya memuncak dengan kekalahan Hyksos oleh Ahmose I, yang mengasaskan Dinasti Kelapan Belas Mesir. Dalam abad-abad berikutnya, orang Mesir akan memaparkan Hyksos sebagai pemerintah asing yang kejam dan menindas.