Mesir Rom

Wilayah Mesir
Provincia Aegypti (Latin)
Ἐπαρχία Αἰγύπτου (Yunani Koinē)
Provincia di Empayar Rom
30 SM – 642 M
Di bawah pemerintahan Palmyra; 270–273
Pencerobohan Sasan; 619–628

Wilayah Aegyptus pada tahun 125 M
Ibu kotaAlexandria
Populasi 
• abad pertama TM
4 ke 8 juta.
History
Kerajaan
Praefectus 
• 30–26 SM
Cornelius Gallus
• 642
Theodore
Era bersejarahZaman purba klasik
Zaman purba akhir
• Penaklukan Kerajaan Ptolemy
30 SM
• Pembentukan Keuskupan
381
642
Didahului oleh
Diganti oleh
Kerajaan Ptolemy
Mesir Sasan
Khulafa al-Rasyidin
Hari ini sebahagian daripadaMesir
Paparan amaran: Page using Template:Infobox former subdivision with unknown parameter "today"

Aegyptus ialah sebuah wilayah pentadbiran Empayar Rom yang wujud di Mesir dari 30 SM hingga 642 M. Wilayah ini merangkumi sebahagian besar Mesir moden kecuali Sinai, ia bersempadan dengan wilayah Creta dan Cyrenaica di barat dan Judaea dan kemudiannya Arabia Petraea di timur.

Mesir ditakluk tentera Empayar Rom pada 30 SM dan menjadi wilayahnya yang baru selepas pembentukannya pada 27 SM. Mesir berfungsi sebagai pengeluar utama bijirin untuk empayar dan mempunyai ekonomi bandar yang sangat maju. Ia wilayah Rom yang paling kaya di luar Itali. Jumlah penduduk provinsi tersebut tidak diketahui, namun ia dianggarkan antara 4 hingga 8 juta. Ibu kotanya Alexandria merupakan pelabuhan terbesar dan bandar kedua terbesar Empayar Rom.

Mesir ditakluk oleh Empayar Sasan pada 618 Masihi yang memerintah wilayah itu selama satu dekad, tetapi ia dikembalikan kepada Empayar Rom Timur oleh pembelotan gabenornya pada 628. Mesir terus berhenti menjadi sebahagian daripada Empayar Rom pada tahun 642, apabila ia menjadi sebahagian daripada Khilafah Rasyidun selepas penaklukannya oleh tentera-tentera Islam.