Delta Nil
30°54′N 31°7′E / 30.900°N 31.117°E
Delta Nil (Arab: دلتا النيل Delta an-Nīl) terletak di muara sungai Nil yang mengalir keluar ke Laut Tengah di Hilir Mesir. Delta ini merupakan antara delta terbesar menjangkau jauh hilir dari Kaherah meliputi kota Iskandariah di sebelah barat ke Port Said di sebelah timur sebanyak 240 kilometer sepanjang pesisiran dan 160 km (99 bt) dari utara hingga selatan.
Kawasan ini merupakan kawasan pertanian penting di negara Mesir. Sebanyak 39 juta orang menghuni kawasan delta ini dengan kepadatan mencecah lebih 1,000 orang per kilometer persegi; Iskandariah kota terbesar dengan kependudukan seramai 4.5 juta orang diikuti Shubra El Kheima, Port Said, El Mahalla El Kubra, Mansoura, Tanta, dan Zagazig.