Mesir Tengah

Mesir Tengah (Arab: مِصْر ٱلْوِسْطَى, rumi: Miṣr al-Wisṭā) ialah kawasan antara Mesir Hilir (Delta Nil) dan Mesir Hulu, yang menjangkau dari dari Asyut di selatan hingga Memphis di utara. Pada masa dahulu, Mesir purba terbahagi kepada Mesir Hilir dan Mesir Hulu, namun Mesir Tengah secara teknikalnya juga satu subbahagian Mesir Hulu. Hanya pada abad ke-19 ahli arkeologi berasa ada keperluan untuk membahagikan Mesir Hulu kepada dua. Dengan itu, mereka mencipta istilah "Mesir Tengah" untuk bahagian sungai di antara Kaherah dan selekoh sungai di Qena. Ia juga dikaitkan dengan wilayah yang dipanggil "Heptanomis" (Yunani: ἡ Επτανομίς, dalam Ptol. iv. 5. § 55; lebih betulnya Ἑπτὰ Νομοί atau Ἑπταπολίς, dalam Dionysius Periegetes 251; dan kadangkala ἡ μεταζύ[γή] ; bermaksud "Tujuh Nomos", dengan "nomos" merupakan subbahagian Mesir purba), secara amnya sebagai daerah yang memisahkan Thebaïd daripada Delta.

Mesir Tengah hari ini boleh dianggap sebagai bahagian Lembah Nil yang, walaupun menurut geografinya sebahagian daripada Mesir Hulu, dari segi budayanya ia lebih dekat dengan Mesir Hilir. Sebagai contoh, dari segi bahasa, bahasa Arab Mesir di Beni Suef dan bahagian utara berkongsi ciri-ciri dengan Kaherah dan khususnya bahasa Arab Delta luar bandar berbanding dengan bahasa Arab Sa'idi yang dituturkan lebih jauh ke selatan, dan selalunya tidak dianggap sebagai orang Sa'idi.