Dinasti Ketujuh Mesir

Dinasti Ketujuh Mesir
s. 2181 SM–{{{year_end}}}
Ibu negaraMemphis
Bahasa yang umum digunakanBahasa Mesir purba
Agama
Agama Mesir purba
KerajaanBeraja mutlak
Era SejarahZaman Gangsa
• Didirikan
s. 2181 SM
Didahului oleh
Diganti oleh
Dinasti Keenam Mesir
Dinasti Kesembilan Mesir
Dinasti Kesepuluh Mesir

Dinasti Ketujuh Mesir merupakan penanda permulaan Tempoh Perantaraan Pertama pada awal abad ke-22 SM tetapi kewujudan sebenarnya masih diperdebatkan. Satu-satunya catatan sejarah mengenai Dinasti Ketujuh terdapat dalam Aegyptiaca karya Manetho, sebuah penceritaan sejarah Mesir yang ditulis pada abad ke-3 SM, yang mana Dinasti Ketujuh muncul sebagai metafora untuk kekacauan. Memandangkan hampir tiada apa yang diketahui tentang dinasti ini selain catatan Manetho, ahli Egiptologi seperti Jürgen von Beckerath dan Toby Wilkinson biasanya menganggapnya sebagai fiksyen. Dalam penilaian semula kejatuhan Kerajaan Lama pada tahun 2015, ahli Egiptologi Hracht Papazian mencadangkan bahawa Dinasti Ketujuh adalah benar dan terdiri daripada raja-raja yang biasanya dikaitkan dengan Dinasti Kelapan.